Monday, 22 October 2018
GURINDAM BANGSA
Adat budaya pusaka bangsa
Harus dijaga warisan nusa.
Pepatah pepatih cerminan bangsa,
Bangsa dilatih sayangi nusa.
Budaya bangsa kebanggaan kita,
Jagalah pusaka ibunda tercinta.
Agama dijunjung umat terpelihara,
Bangsa disanjung rakyat sejahtera.
Adat dipelihara agama dijaga,
Aman sejahtera sekalian hamba.
Jagalah adat budaya bangsa,
Patuh dan taat kepada Yang Esa.
Bersama kita cakna budaya,
Lambang bangsa negara jaya.
Hilang budaya lenyaplah bangsa,
Bersamalah kita cakna sentiasa.
Warisan budaya negara tercinta,
Bangsa berjaya tamadun kita.
Hidup sejahtera aman sentosa.
Syukuri rahmat Yang Maha Esa.
Embun menitik suburkan alam,
Jangan sedetik biarkan tenggelam.
Liza Isma
29 April 2017
Kuala Lumpur.
Monday, 5 June 2017
Saturday, 30 July 2016
Kuasah Ilham
Catatan Hari Ini...30 Julai 2016
Sudah lama ilham mendiamkan diri, sibuk menguruskan rutin harian. Malam ini, kucuba menarikan pena, masihkah tajam? Atau perlu diasah kembali? Tidak tahu mengapa, waktu ini ilham begitu culas, sering saja menjauh... adakah merajuk kerana sering diabaikan?
Hati bergetaran ingin menulis tatkala membaca nukilan rakan-rakan, namun ilham tidak ingin mendekat. Lalu kubiarkan ilham menjauh sehingga aku kian hilang arah. Duhai ilham, kembalilah!
Laman ini juga sudah lama terbiar, mujur tiada semak samun meliar. Dan laman ini juga telahku kemas kini menjadi lebih indah, kerana Laman Pena Berkias tidak ramai yang ingin singgah lalu kutukar suaun aturnya agar laman baru Tinta Liza Isma akan meriah dijengah teman-teman sealiran pena...
Sekian, semoga ilham kembali tajam.
Sudah lama ilham mendiamkan diri, sibuk menguruskan rutin harian. Malam ini, kucuba menarikan pena, masihkah tajam? Atau perlu diasah kembali? Tidak tahu mengapa, waktu ini ilham begitu culas, sering saja menjauh... adakah merajuk kerana sering diabaikan?
Hati bergetaran ingin menulis tatkala membaca nukilan rakan-rakan, namun ilham tidak ingin mendekat. Lalu kubiarkan ilham menjauh sehingga aku kian hilang arah. Duhai ilham, kembalilah!
Laman ini juga sudah lama terbiar, mujur tiada semak samun meliar. Dan laman ini juga telahku kemas kini menjadi lebih indah, kerana Laman Pena Berkias tidak ramai yang ingin singgah lalu kutukar suaun aturnya agar laman baru Tinta Liza Isma akan meriah dijengah teman-teman sealiran pena...
Sekian, semoga ilham kembali tajam.
Monday, 31 August 2015
SUBURKAN POHON CINTA
Telah ditanam pohon cinta
Di tanah leluhur nan subur
Akar berselirat
Dahan berpaut utuh
Dedaun merimbun
Memayungi sekitaran lembah ini.
Pohon cinta kian subur,
Ditaburi bajaan jiwa
Disirami kasih sejati
Berkembang mekar
Gah di seantero dunia
Gagah berdiri tegak di mercu.
Jangan dicungkil akarnya
Kelak tumbang meranapkan jiwa
Hilang tempat berpaut
Tiada lagi tempat berteduh
Andai tidak dibajai kasih,
Sehati sejiwa
Bersama suburkan pohon cinta.
Tintarasa,
Liza Isma
27 Ogos 2015/Khamis
DPkl.
Di tanah leluhur nan subur
Akar berselirat
Dahan berpaut utuh
Dedaun merimbun
Memayungi sekitaran lembah ini.
Pohon cinta kian subur,
Ditaburi bajaan jiwa
Disirami kasih sejati
Berkembang mekar
Gah di seantero dunia
Gagah berdiri tegak di mercu.
Jangan dicungkil akarnya
Kelak tumbang meranapkan jiwa
Hilang tempat berpaut
Tiada lagi tempat berteduh
Andai tidak dibajai kasih,
Sehati sejiwa
Bersama suburkan pohon cinta.
Tintarasa,
Liza Isma
27 Ogos 2015/Khamis
DPkl.
Wednesday, 15 July 2015
DIAM SAJALAH
Sayu pilu marah geram
Sakit di dada membuak-buak
Serasa tidak dipedulikan
Sering saja tidak diendahkan
Pada siapakah lagi hendak digantung harap?
Bagaimanakah nasib masa depan?
Apakah lagi boleh dikata?
Tempat berpaut kian reput
Diinjak-injak dedalu kian menyubur
Masa kian suntuk
Namun belum terhantuk
Tak siapa akan tengadah
Leka dalam nikmat melimpah
Damai menganyam mimpi
Tak sedar pepijat terselit di celah kelambu.
Jangan berkata apa
Hei, diamlah bak si bisu!
Tiada siapa ingin mendengar kekatamu
Biarkan kata-kata tersekat di halkum
Kerana mereka tuli untuk mendengar
Mata celik tapi buta untuk melihat.
Mereka tidak peduli
Kesengsaraan jiwa kita
resah gelisah kita
Menanggung sakit pedih digigit pepijat
Biarkan kudis kian menanah
Kerana nanti akan mati dalam diam
Tak perlu lagi hati membengkak
Menahan sakit amarah...
Maka, diam sajalah!
15 Julai 2015/Rabu
Detikanrasa_za
#gerammarahsakithatibangsasendiritertindasolehketakutan
Sakit di dada membuak-buak
Serasa tidak dipedulikan
Sering saja tidak diendahkan
Pada siapakah lagi hendak digantung harap?
Bagaimanakah nasib masa depan?
Apakah lagi boleh dikata?
Tempat berpaut kian reput
Diinjak-injak dedalu kian menyubur
Masa kian suntuk
Namun belum terhantuk
Tak siapa akan tengadah
Leka dalam nikmat melimpah
Damai menganyam mimpi
Tak sedar pepijat terselit di celah kelambu.
Jangan berkata apa
Hei, diamlah bak si bisu!
Tiada siapa ingin mendengar kekatamu
Biarkan kata-kata tersekat di halkum
Kerana mereka tuli untuk mendengar
Mata celik tapi buta untuk melihat.
Mereka tidak peduli
Kesengsaraan jiwa kita
resah gelisah kita
Menanggung sakit pedih digigit pepijat
Biarkan kudis kian menanah
Kerana nanti akan mati dalam diam
Tak perlu lagi hati membengkak
Menahan sakit amarah...
Maka, diam sajalah!
15 Julai 2015/Rabu
Detikanrasa_za
#gerammarahsakithatibangsasendiritertindasolehketakutan
Sunday, 14 September 2014
Puisi : BELUM MERDEKA...
Saban tahun, detik ini
sering saja kita ulangi kata
meraikan sebuah kebebasan
benarkah telah bebas?
Sedangkan semuanya bagai terpenjara
memasung diri dalam jiwa
membiar diri terjajah oleh nafsu
alpa pada musuh berkeliaran
yang menanti waktu
menikam hati
membunuh jati diri
Sebenarnya,
masih jauh dari kebebasan
Sebenarnya,
belum merdeka!!
Liza Isma
16 Ogos 2014/Sabtu_10:25pm
Desa Pandan, KL.
Puisi : PANTAI
damai dan syahdu
hembusan bayu nyaman dan dingin.
Ombak menderu
gelora menghempas pantai
lembut dan mengasyikkan.
Laut membiru
sayup saujana mata memandang
tak bertepi luas terbentang.
Pepasiran pantai
halus dan lembut
indah mewarnai alam
Rahsia Sang Pencipta.
catatan Pena;
Liza Isma
Puisi : SEJAMBAK MAWAR
Sejambak mawar,
sebagai penghias kamar tamu,
haruman melatari ruang
hanya di sudut itu,
letakmu tak bererti,
hanya menjadi bahan tontonan
atau lelucon,
di meja mesyuarat
setia berkhidmat
demi mereka yang sibuk mencatur waktu...
Akhirnya, terkulai layu
di meja tamu
waktu terus berlalu,
dan kau masih di situ
menunggu reput di mamah waktu...
Tintakalbu_Za Tintamaya
27 November 2013/Rabu_12:10am
sebagai penghias kamar tamu,
haruman melatari ruang
hanya di sudut itu,
letakmu tak bererti,
hanya menjadi bahan tontonan
atau lelucon,
di meja mesyuarat
setia berkhidmat
demi mereka yang sibuk mencatur waktu...
Akhirnya, terkulai layu
di meja tamu
waktu terus berlalu,
dan kau masih di situ
menunggu reput di mamah waktu...
Tintakalbu_Za Tintamaya
27 November 2013/Rabu_12:10am
Saturday, 20 July 2013
HITUNGAN HARI....menungan hati, sempena hari lahir....
Senja ini,
aku termenung lagi
ralik tak berkelip
jauh belayar menjelajah buana
hingga tak sedar
masa kian berlalu
tapi aku masih di sini.
Ralik membelek helaian hari
leka menghitung masa
rupanya telah hampir menginjak usia
tapi aku masih di sini.
Senja ini,
aku pun tersedar
masa melangkah ke tengah
aku pun tersenyum
rupanya usia telah menginjak lagi
syukur, nyawa masih dipinjam Tuhan
tapi aku masih di sini.
Ralik aku termenung
bertanya pada diri
mengapa aku masih di sini?
Tapi tiada jawapan
soalan juga pasti bertambah
namun, aku tetap tiada jawapan
janganlah bertanya lagi
kerana aku memang tiada jawapan.
Cetusan rasa,
Liza Isma'2012
Desa Pandan, KL.
5 Julai'2012/7.40 malam
(Ilham datang secara tiba-tiba, sedang mencipta puisi-puisi, teringat pula semakin menghampiri injakan usia, lalu terilhamlah puisi ini khusus hadiah hari lahir sendiri.)
- SELAMAT HARI LAHIR LIZA!!!!
IKATAN MAYA......terjalin mesra dalam rasa nan indah...
Fesbuk oh fesbuk!!!
Pelbagai ragam pelbagai cerita
Pelbagai ragam pelbagai cerita
Berbagai cara madah bicara,
teruna dara lain cerita
suami orang lebih ketara
jual minyak semata
kutakut diri terkena
merana diri hati kecewa
moga kutak teruja,
teruna dara lain cerita
suami orang lebih ketara
jual minyak semata
kutakut diri terkena
merana diri hati kecewa
moga kutak teruja,
dengan permainan maya
jika terkena jiwa merana....
Fesbuk oh fesbuk!!
Keranamu kami kenal
janganlah diri tersasar
pasti nanar minda berputar
Keranamu kami kenal
janganlah diri tersasar
pasti nanar minda berputar
mencari arah haluan keluar…
Jalan bahagia di hujung sinar,
Jalan bahagia di hujung sinar,
melepaskan diri dari penjara hati
kiranya masih tergantung
biarpun tak bertali.
kiranya masih tergantung
biarpun tak bertali.
Za Tintamaya,
---->Dari hati turun ke jari….
13 September 2012.
Senja Di Air Chanal (Detikan rasa sebuah realiti kehidupan di suatu senja)
Senja
ini….
Aku
melihat seorang tua,
dengan
sisa-sisa kudratnya melangkah ke masjid
demi
menunai tanggungjawab…
Seruan
Illahi tetap keutamaannya..
dalam
payah langkah kakinya yang gontai,
dia
teguh dengan keimanan….
Namun,
di suatu sudut
tersimpan
suatu kisah penuh tragis….
dalam
pondok usangnya, mataku menelusuri sekitaran….
hati
dipagut pilu melihat betapa daif kehidupannya,
Terdetik
di fikiranku,
“anak-anaknya
ada, tinggal hampir di sekelilingnya,
punyai
rumah sendiri di atas tanah anugerahnya….
namun
melihat betapa daif dan usangnya rumah itu,
dia
keseorangan meniti usia senja,
hidupnya
seperti sebatang kara….
tidak
terkesankah di hati anak-anaknya
melihat
daifnya tempat dia beradu??
sayu
aku melihat keadaan tempat tidur baringnya…
Ah,
seperti mereka yang hidup di jalanan!”
terdetik
di hatiku…”tiadakah rasa belas di jiwa mereka ….
melihat
seorang ayah berkeadaan begitu,
hidup
seperti sebatang kara walaupun punya keluarga….”
Lalu,
aku teringat kisah,
”Seorang
Tua Di Kaki Gunung”
layar
ceritanya berulang tayang di ruang mataku…
lalu,
senja itu…,
mengajak
aku menyelusuri hidup seorang tua meniti sisa-sisa usia…
dia
punya segalanya; harta tanah berekar,
anak-anak
sebagai warisnya dan cucu-cucu penyambung generasinya…
mereka
hidup mewarisi apa yang pernah diusahakannya,
berpuluh
tahun lalu…dengan mengerah kudrat
dia
meneroka hutan bukit di Air Chanal
untuk
mengisi perut anak isterinya.
Dan
setelah perbukitan itu, menjadi miliknya,
dia
wariskan pula kepada zuriatnya,
namun,
akhirnya…
dia
telah tersingkir di hati zuriatnya sendiri….
Rupanya
begitu mahal harga kasih sayang seorang anak,
buat
seorang tua yang sudah tidak berupaya lagi….
biarpun
anak menantu celik agama,
namun
di hati mereka buta kasih sayang…
dan
hukum, bukan lagi perkiraan yang diikuti….
Dan
senja ini..
menyaksikan
tirai putih berlabuh,
menutup
sekujur tubuh tua menemui penciptaNya!
Dalam
kerut wajah tua,berakhirlah sebuah riwayat
abadilah
di sana dengan limpahan Rahmat Illahi…
Dan
senjapun melabuhkan tirai waktu…
Meninggalkan
seribu cerita pilu,
Kerana
di luar sana berjuta riwayat seumpamanya
Menuntut pengertian insan…
buat
mereka yang mahu mengerti…
didedikasi
buat warga emas,
za_tintamaya
4
Disember 2009/4.50 petang.
Sambungan
: 18 September 2011/1.30 petang.
(setelah
dia meninggal alam fana ini)
BABIL DE BERING....bermaksud degil dan samseng...keras hati....
Aku doh tak tau,
tak tau nok kato,
nok kato gapo lagi?
nok royat gapo?
kalu doh tak reti
tak reti situlah
kalu doh babil,
dok babil situla!!
Ore royat gapo pon,
wat tak hira
wat tak caro
pesen babil
meme tak lih kato gapo
wat abih air liur,
kalu kecek
denge ore bering...
Ore babil de bering,
mato terkebil-kebil
telingo denga, mulut
tengango
napok serupo ore bengo
dok nengu
tak tau aroh
aroh mano nok lalu,
aroh hilir ko aroh hulu...
Kalu lagu tu gak,
serupolah Lebai Male
dok nengu, dok mikir...
lamo dok nengu,
ko hilir terlepas
ko hulu terbabas...
Mako jangela babil
jangela bering
skali skalo,
denga jugok hok ore lain
kato
jange kato kito jjah bulih
paka,
kato ore lain, nawok
sokmo!
Marilah kito timbe taro
hok mano molek,
hok mano udoh
kito duduk molek-molek
segalo kijo kito pakat buat,
barula kito hidup tak
baloh
worih waroh kito nawat
sokmo,
sain sobat kito nanyo kaba
barula kito hidup ame
damai....
Liza Isma;
~ Cuba melakar kata dalam
loghat Klate
14 November 2012/11.20pm
Desa Pande, Kay Ell.
Nota:-
~ Puisi ini telah dilihat
dan diulas oleh Prof. Dr Lim Swee Tim…semasa Festival Puisi & Lagu Rakyat
Antarabangsa Pangkor.
~ Dihasilkan kerana
tertarik dengan puisi beliau berjudul “Seghotti”
Subscribe to:
Posts (Atom)
