NASIB BAHASA MELAYU MASIH SAMAR
Malang sungguh nasibmu bahasa Melayu,
perlu mengemis untuk hidup di negara sendiri yang meletakkan tarafnya sebagai
BAHASA RASMI NEGARA!!
Hingga bilakah nasibmu akan begitu??
Para pencinta bahasa terpaksa berjuang dan merayu-rayu demi masa depan bahasa di
bumi Melayu sendiri....
Bahasa ibunda pernah gah seantero dunia,
kerana pada waktu itu kita belum pandai berkata-kata bahasa nan lain. Hari ini
apabila kita sudah terlalu arif bahasa lain, maka bahasa sendiri menjadi beku.
Mereka malu untuk menuturkannya, malahan terasa seperti orang kampung yang
berada jauh di hulu-hulu.
Lantaran
itu, amat sukar mendaulatkan bahasa ibunda kerana mereka yang berada di puncak
tidak begitu kisahkannya. Mereka yang berkata menyeru pendaulatan bahasa
sekadar mengambil hati para pencinta bahasa, kerana mereka sendiri tidak betah
berkata-kata.
Jika
mereka nekad pasti isu PPSMI telah lama lenyap. Tidak perlu diadakan rundingan
demi rundingan. Pelbagai meja bulat dibuat untuk berbincang, tetapi akhirnya
diserahkan semula kepada rakyat. Maka, dalam situasi begini, pihak cerdik
pandai yang lantang memuja bahasa asing akan lebih dominan kerana rakyat
bawahan yang tak berkedudukan pasti diketepikan suara mereka yang dilihat tidak
menyumbang apa-apa. Benarkah begitu?
Ini
kerana MBM, terpaksa bersaing dengan MBI untuk menutup kemelut PPSMI!!! Hanya
sekadar itu bahasa Melayu tiba-tiba menjadi popular akibat riuh diperdebatkan
kewajarannya dalam sistem pendidikan di negara sendiri.
Dan para pencinta bahasa akan tetap berjuang dan terus merayu
sehinggalah pihak berkenaan terkesan dengan rayuan kita. Jika tidak terkesan
juga, maka begitulah selamanya nasib bahasa Melayu!!
* Ditulis
sempena menghayati Bulan Bahasa Kebangsaan. Apakah usaha pendaulatannya
benar-benar memberi kesan?? Atau sekadar kata-kata penyejuk jiwa rakyat jelata??
Sekadar
mencoret apa yang dirasa..
Liza
Isma/08102012
No comments:
Post a Comment