PEPOHON PUN RESAH
Dahulu,
Pepohon menghijau
rimbun memayungi alam
sungai mengalir jernih
sejuk nyaman
diiringi hembusan bayu
damai mata menatap
tenang minda memandang,
asyik menatap, indahnya alam
anugerah Illahi...
Kini,
Pepohon bagaikan hilang arah
perbukitan kelihatan resah
hidup semakin tergugah
akar dan pepohon terbelah,
kelihatan pula tanah ditarah
hilanglah segala nan indah,
sungai pula mengalir lemah
dipalit timbunan sampah
alam pun kian resah
hidup mereka tak lagi indah,
kerana tak lagi diendah
kawasan mereka rakus diratah
dek pembangunan yang gah...
Liza Isma
~Menyelami resah alam dalam illusi pepohanan indah~
1 November 2012/9.25pm
Desa Pandan, KL.
PEPOHON PUN RESAH
Dahulu,
Pepohon menghijau
rimbun memayungi alam
Dahulu,
Pepohon menghijau
rimbun memayungi alam
sungai mengalir jernih
sejuk nyaman
diiringi hembusan bayu
damai mata menatap
tenang minda memandang,
asyik menatap, indahnya alam
anugerah Illahi...
Kini,
Pepohon bagaikan hilang arah
perbukitan kelihatan resah
hidup semakin tergugah
akar dan pepohon terbelah,
kelihatan pula tanah ditarah
hilanglah segala nan indah,
sungai pula mengalir lemah
dipalit timbunan sampah
alam pun kian resah
hidup mereka tak lagi indah,
kerana tak lagi diendah
kawasan mereka rakus diratah
dek pembangunan yang gah...
Liza Isma
~Menyelami resah alam dalam illusi pepohanan indah~
1 November 2012/9.25pm
Desa Pandan, KL.
sejuk nyaman
diiringi hembusan bayu
damai mata menatap
tenang minda memandang,
asyik menatap, indahnya alam
anugerah Illahi...
Kini,
Pepohon bagaikan hilang arah
perbukitan kelihatan resah
hidup semakin tergugah
akar dan pepohon terbelah,
kelihatan pula tanah ditarah
hilanglah segala nan indah,
sungai pula mengalir lemah
dipalit timbunan sampah
alam pun kian resah
hidup mereka tak lagi indah,
kerana tak lagi diendah
kawasan mereka rakus diratah
dek pembangunan yang gah...
Liza Isma
~Menyelami resah alam dalam illusi pepohanan indah~
1 November 2012/9.25pm
Desa Pandan, KL.