Petang
ini, angin berpupuk lembut. Angin nan berpupuk mengirimkan rasa dingin amat. Rasa
nyaman ini menghantar rasa syahdu di kalbu. Suasana alam agak muram kerana
titisan hujan baru sahaja reda. Tetiba petang ini, dia teringatkan laman yang sudah
lama tidak dijengah. Laman yang dulunya tempat dia jatuh bangun bermain bersama
teman.
Sudah
agak lama dia tidak ke mari. Menjengah laman ini, bermakna mengajak dia bermain
dengan rasa. Dia tidak sanggup untuk selalu datang ke mari. Ada sendu menerjah
tangkai hatinya. Ada sebak menusuk kalbu. Ada rindu menggetar nurani.
Jika
ke mari, pasti hatinya akan berbisik tentang kasih dan rindu. Kerana itulah,
dia jarang ingin datang ke mari. Dia tidak tega menatap segala kenangan yang
ada di laman ini. Ah, sakitnya menanggung rindu!!
“Bila
kau balik?” Tiba-tiba dia dikejutkan oleh suara seseorang menegurnya. Lantas
dia menoleh. Terpandanglah seraut wajah tua yang ralik menatapnya.
“Baru
saja sampai ayah!” Lalu dia menyalami tangan ayahnya itu. Kemudian, seperti
biasa dia menciumi pipi ayahnda tercinta. Ada sendu di hujung hati mengiringi
perlakuannya itu.
“Ayah
apa khabar?” Dia menanyakan khabar sambil merenung wajah tua ayahnya itu.
Terdetik di hatinya sedikit penyesalan kerana sudah agak lama dia tidak pulang
menjengah wajah tua yang banyak berjasa itu.
“Ayah
sorang saja di rumah?” Matanya melilau ke dalam rumah kerana didapati suasana agak
sunyi.
“Ya,
Mak Su kau baru saja balik ke kampungnya… Tadi, Najmi datang jemput maknya… Katanya,
Zura ada balik…lama lagilah tu nak balik ke mari…” Terang Pak Su Daa perihal
emak tirinya.
Dia
masih berteleku di ambang. Ralik benar memerhati keliling laman. Ada sesuatu
yang menerjah akal fikirnya. Seperti biasa, di hujung fikir pasti dia mengeluh….
“Kenapa
tak masuk dalam? Sejuk di luar tu….” Pak Su Daa memotong lamunannya.
“Tak
apalah ayah….kejap lagi, saya masuk…” Dia menjawab seraya bangun menuju laman.
Dan
Pak Su Daa sudah faham benar jika dia sudah mula menjengah laman. Pasti lama
dia duduk termenung di dangau itu. Pak Su Daa tahu, anaknya itu sedang
menghitung rindu….Lalu dia juga turut termenung.
Liza
Isma,
>>>
Suara hati di hujung tinta….
8
Februari 2013/Jumaat
No comments:
Post a Comment