Biarlah
kenangan terus mengekori.......
kerana
desah rindu masih bertamu hingga kini,
mimpi
adalah pengubat rinduku, walau bertemu hanya seketika...
Lena
senja tadi, kau datang lagi menjengahku,
menghulur
kasih dalam sendu, walau hanya sekujur tubuh kaku
sudah
cukup untukku menatap wajahmu walau dalam lena,
walau
hanya mendakap bayangmu,
dapat
jua memeluk ciummu, melerai desah nafas rindu ini…
Ah,
rindu mekar kembali!
Moga
kau damai di sana dalam rahmat-Nya,
biarlah
aku terus membawa rindu ini
dalam
kembara hatiku
mencari
titik temu...
===getar
rasa===
LizaIsma/07072013_2.00am/Ahad.
No comments:
Post a Comment