MAKJUM PENAWAR KALBU
Ubat oh ubat!
Ubat oh ubat!
Marilah beli ubat
Ubat ini banyak khasiat,
Khasiat khusus fikiran kuat
Makjum semput dengki kesumat.
Ubat oh ubat!
Marilah beli ubat
Ada pelbagai jenis ubat..
Ubat kuat ubat semangat
Mari makan ini ubat
Gerenti tuan akan selamat!
Ya, marilah kita beli ubat itu!
Belilah ubat yang khasiatnya madu
Penawar segala sakit di kalbu
Agar diri tidak kelabu
Minda cerah awan berlalu...
Tapi, jangan beli ubat itu!
Ubat nyamuk pembawa seteru
jangan biarkan ubat itu di kalbu
nanti marak bak nyamuk membakar kelambu
nanti hilang tempat beradu
kelak susah tiada tempat mengadu.
Jika hidup hanya mengikut seteru
padahnya diri semakin kelabu..
tiada haluan nak dituju
hanya menurut apa yang dipandu
arah semakin keliru
jalan juga semakin berdebu
pabila jatuh dihempap batu
diri sudah tak dapat dibantu!!!
Wahai, bangsaku marilah bersatu!
Majukan negara kita nan satu
Tiada lagi tempat nak dituju
Jika Melayu hilang tempat beradu
Pada siapa kita hendak mengadu
Sebelum terlewat, mari kita bersatu
Menyedut rahmatNya dalam dingin sang bayu
Berpadu janji dalam naungan Yang Maha Satu!!
~Za_Tintamaya~ sentiasa menjelajah mencari makna di sebalik kemelut yang semakin kalut.
15 September 2012/11.30 pagi.
Desa Pandan, KL.
No comments:
Post a Comment