TANAH INI, DULUNYA GERSANG
Kemarau bertahun, aliran sungai lesu,
Tanah leluhur ini gersang…
berjuta doa dihimpun dengan penuh
pengharapan…
mengharap lembah ini kembali subur,
tersohor seantero jagat raya…
Kerana, sejak itu….1511
ranap
sebuah Negara Kota,
maka,
tanah leluhur inipun merekah
membiaskan
sejuta kerakusan, ganas mencengkam nurani,
dan air mata, keringat hatta
darah,
mengalir dalam sungai harapan..
biarpun kegersangan mengulit
kehidupan
dalam kekalutan mencari makna
kebebasan
tanah gersang ini, perlu disaliri
air dari lembah perjuangan….
Maka,
bangkit sang rajuna dari lena yang panjang,
kerana,
mimpi semalam…menyuntik sejuta harapan…
lalu,
dikerah segala keringat, darah dan air mata…
lahirlah
berjuta bintang gemerlapan,
biarpun
kerdipan itu, cahayanya samar-samar
mampu
menerangi ruang-ruang nan suram kala itu,
srikandi
bangkit meniup semangat…
sang
rajuna terus berjuang
biarpun
terpaksa mengalirkan sungai darah,
keramatnya
tangan yang menghayun buaian
dengan
iringan kalimah doa nan kudus….
cahaya
itu semakin terang menyuluh maya….
Malam
itu, detik keramat….31 Ogos 1957,
laungan
kesyukuran bergema, gegak gempita membelah bumi
akhirnya,
Negara Kota terbina kembali…
tanah
gersang ini telah mengalir sungai harapan….
dan hari ini, tanah yang dulunya
gersang,
subur menjadi lembah menghijau
sungai harapan terus mengalir
meredah maya,
dan, akar-akar berserakan berebutkan nikmatnya…
pun begitu, rahmat dikecapi
bersama
kerelaan dalam keterpaksaan
demi kelangsungan harga sebuah
perjuangan…
Pun begitu, janji termeterai…hak
yang beralah, tetap terpelihara,
dijaga dalam naungan 152 bersama
153, di bawah bumbung perlembagaan…
Agama Allah anutan rasmi, Bahasa
Melayu sebagai linguafranka,
riwayat menjadi saksi, titah raja
titah berdaulat,
tanah leluhur ini mesti dijaga, agar
kedaulatan ini kekal selamanya…..
maka, raja bertitah;
“Kami,
Raja-raja Melayu bersetuju memperturunkan kuasa
bagi
menjamin serta melindungi hak dan keistimewaan
Orang-orang
Melayu & Pribumi, maka kami peruntukkan
separuh
daripada hasil bumi ini adalah hak Melayu & Pribumi
(termasuk
Sabah & Sarawak selepas itu), dan kamu rebutlah separuh lagi
untuk
dikongsi bersama semua bangsa secara sama rata,
Dan,
kami tubuhkan pasukan Polis dan Askar Melayu Diraja untuk
menjaga
keselamatan dan menjamin keamanan negara
Dan,
kami angkat Agama Islam sebagai agama persekutuan, dan
Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi Negara Persekutuan Tanah Melayu…”
Akhirnya,
dengan penuh berkat dan rahmat Illahi,
rakyat
jelata hidup aman bahagia di tanah bertuah ini,
dalam paduan
janji yang termeterai..
mengecapi
berjuta nikmat Illahi…penuh syukur…
(Didedikasi untuk para pejuang,
lahirnya bumi Malaysia tercinta ini…)
Ikhlas dari hati,
Za_Tintamaya
17 Disember 2010/1.00 pagi.
@Hak Cipta Terpelihara
Karya : Tanah Ini, Dulunya Gersang
HAZLIZA ISMAIL
@Za_Tintamaya’2010.
No comments:
Post a Comment