Antara INTIPATI Pelan Pendidikan Negara : Kemunculan mata pelajaran WAJIB SASTERA
INGGERIS.
Jika hari ini SASTERA
MELAYU kelihatan seperti MAKRUH sahaja dalam sistem pendidikan, di mana haknya
di sekolah dipandang remeh dan tidak diberi perhatian khusus seperti mata
pelajaran BAHASA INGGERIS, maka tidak mustahil selepas ini nasib SASTERA MELAYU
terus lenyap. Hal ini kerana tentunya pelajar diberi pilihan antara Sastera
Melayu & Sastera Inggeris, seperti berlakunya pembelajaran Dwibahasa dalam
mata pelajaran Matematik & Sains walaupun PPSMI telah digugurkan.
Oleh itu, idea pemantapan
MBM sengaja diwujudkan dengan harapan
dapat mengaburkan istilah peningkatan MBI yang dilahirkan secara
berkembar. Dalam hubungan berkembar ini sudah pasti wujud ketidakadilan dalam
mencurahkan perhatian. Natijahnya, BAHASA MELAYU tetap dikedudukan KELAS KEDUA.
Para pelajar hanya belajar untuk LULUS bukan diserapkan ke dalam minda untuk
menyayangi dan menghargai tamadun bangsa sendiri, kerana pihak penggubal DASAR sendiri
yang merelakan konsep ini berlaku.
Walaupun kelihatan seperti
telah memberi jaminan bahawa kedudukan Bahasa Melayu terus diangkat dan
diletakkan di tempatnya, namun sebenarnya “JAUH PANGGANG DARI API”. Apa yang
sedang dirangka dan akan dilaksanakan adalah sekadar memenuhi tuntutan rakyat
bawahan agar tidak terus mendesak. Dan dalam masa yang sama golongan ELIT
mendapat perhatian yang lebih TINGGI!!!!
Bagaimanakah nasib Sastera Melayu pada masa depan???
Adakah akan menerima tempias kedudukan Bahasa Melayu
yang dinafikan haknya dalam negaranya sendiri??
Rakyat mungkin tidak lagi membaca karya-karya Sastera Melayu, tetapi
lebih selesa membaca karya-karya Sastera Inggeris?
Jika Bahasa Melayu yang
mempunyai hak yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN pun boleh diceroboh, apatah
lagi nasib Sastera Melayu?? Pastinya akan dipijak-pijak sesuka hati tanpa belas
kasihan sehingga para pencinta Bahasa dan Sastera pun, mungkin tak mampu
berkata apa-apa lagi!!!
Maka semakin leburlah jati diri Melayu itu sendiri!!
Jangan melatah jika anak-anak muda sudah tidak kenal
dan memijak-mijak gambar pemimpinnya sendiri!!!
Mungkin suatu masa nanti mereka akan kenal seorang presiden
yang lebih hebat di barat!!...
No comments:
Post a Comment