INDAHNYA HARI
INI
Dulu, aku begitu celaru...
jiwaku seakan dipalu,
hati
tersayat pilu,
minda seperti membeku,
lidah seakan kelu,
lidah seakan kelu,
hampir-hampir
aku menjadi bisu
kata-kata tak lagi bertamu
hampir saja aku mahu berlalu,
kata-kata tak lagi bertamu
hampir saja aku mahu berlalu,
membawa
diriku lari dari situ...
Kini, hidup kembali berseri
Kini, hidup kembali berseri
ditemani
cahaya mentari,
serta
rembulan pada malam hari
melimpah
cahaya sinar gemerlapan
menyuluh sekitaran ruang di taman seni,
riang
gembiralah aku di sini,
ralit menyulam bait-bait aksara
melakar seuntai madah,
membajai bebunga seni agar terus subur
berkembang mekar dalam aneka warna...
Kini, hidup begitu indah
telah bertemu teman serasi,
bersama-sama mengutip gugusan ilham
lalu kita lakarkan seuntai madah..
Di
taman seni ini, kita bebas berlari-lari
mengejar rerama cantik berwarna-warni,
biarpun
sesekali pepatung menggigit jari
tak
terasa pedih di hati,
kerana leka menatap indahnya taman ini
dipenuhi bebunga seni beraneka warna,
menceriakan alam seni yang dulunya suram...
Za_Tintamaya
~hati menari-nari meraikan indah suasana, bertemu teman serasi di taman seni ~
20 Oktober 2012/11.40pagi
dp/kl.
Za_Tintamaya
~hati menari-nari meraikan indah suasana, bertemu teman serasi di taman seni ~
20 Oktober 2012/11.40pagi
dp/kl.

Salam ziarah. Singgah menikmati puisi.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteW.salam..terima kasih kerana sudi singgah..silakan nikmati puisi2ku yang tak seberapa ini..
Deleteza-tintamaya, nama pena saya..
za_tintamaya, nama pena saya..
ReplyDelete