Sunday, 21 October 2012

INDAHNYA HARI INI, kerana telah bertemu teman serasi di taman seni...



INDAHNYA HARI INI

Dulu, aku begitu celaru...
jiwaku seakan dipalu,
hati tersayat pilu,
minda  seperti membeku,
lidah seakan kelu,
hampir-hampir aku menjadi bisu
kata-kata tak lagi bertamu
hampir saja aku mahu berlalu,
membawa diriku lari dari situ...

Kini, hidup kembali berseri
ditemani cahaya mentari,
serta rembulan pada malam hari
melimpah cahaya sinar gemerlapan 
menyuluh sekitaran ruang di taman seni,
riang gembiralah aku di sini,
ralit menyulam bait-bait aksara
melakar seuntai madah,
membajai bebunga seni agar terus subur
berkembang mekar dalam aneka warna...

Kini, hidup begitu indah
telah bertemu teman serasi,
bersama-sama mengutip gugusan ilham
lalu kita lakarkan seuntai madah..
Di taman seni ini, kita bebas berlari-lari
mengejar rerama cantik berwarna-warni,
biarpun sesekali pepatung menggigit jari
tak terasa pedih di hati,
kerana leka menatap indahnya taman ini
dipenuhi bebunga seni beraneka warna, 
menceriakan alam seni yang dulunya suram...

Za_Tintamaya
~hati menari-nari meraikan indah suasana, bertemu teman serasi di taman seni ~

20 Oktober 2012/11.40pagi
dp/kl.

4 comments:

  1. Salam ziarah. Singgah menikmati puisi.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam..terima kasih kerana sudi singgah..silakan nikmati puisi2ku yang tak seberapa ini..
      za-tintamaya, nama pena saya..

      Delete
  3. za_tintamaya, nama pena saya..

    ReplyDelete