NOKTAH.
Akhirnya, ku bertemu jawapan...
noktah itu telah termaktub di situ!!
Aku menoleh ke belakang,
kala aku menangis
kala aku keresahan
kala aku kecemasan
kala aku terkapai-kapai..
Dia hadir menghulur pelampung,
menarik aku ke tepian
menghulur tangan membantu
meringan beban tertanggung
mendengar keluh kesah
memahami butir permasalahan
mencari jalan penyelesaian...
Aku perlu kembali memandang ke belakang,
biarpun jalannya masih kelam
kerana aku tahu, dia ada bersamaku...
Maaf, kerana hampir melepaskanmu
kerana menurut kata hati
ingin pergi dari sisi
kala diri rasa tak dipeduli
kala diri berlari menjauh
tiba-tiba, kubertemu jalan itu...
Lalu, aku cuba melaluinya
pangkalnya indah bersinar...
Namun akhirnya, kudapati
jalan itu lebih kelam...
Liza Isma~telah bertemu pengertian, telah bertemu titik penyelesaian....
10 November 2012/2.55 petang
Desa Pandan, KL.
kala aku menangis
kala aku keresahan
kala aku kecemasan
kala aku terkapai-kapai..
Dia hadir menghulur pelampung,
memahami butir permasalahan
mencari jalan penyelesaian...
Aku perlu kembali memandang ke belakang,
biarpun jalannya masih kelam
kerana aku tahu, dia ada bersamaku...
Maaf, kerana hampir melepaskanmu
kerana menurut kata hati
ingin pergi dari sisi
kala diri rasa tak dipeduli
kala diri berlari menjauh
Namun akhirnya, kudapati
jalan itu lebih kelam...
Liza Isma~telah bertemu pengertian, telah bertemu titik penyelesaian....
10 November 2012/2.55 petang
Desa Pandan, KL.
No comments:
Post a Comment