Saya
pernah membaca sebuah novel yang menjijikkan kerana diilhamkan berkisarkan
tempat yang sangat KOTOR. Saya membeli novel itu kerana ditulis oleh seorang
yang sangat saya kagumi seni sasteranya. Malahan karya-karyanya saya baca dan
telaah semasa pengajian di universiti dulu. Namun, saya sangat kecewa kerana
intipati novel itu di luar jangkaan.
Dan
saya tidak habis membacanya kerana merasa sangat bosan, dalam erti kata tak
menarik langsung. Saya merasa mual membacanya bukan kerana tahi yang
digambarkan dalam sebuah usus, tetapi kandungannya yang berupa kutukan, yang
disimbolikkan menerusi karyanya itu. Kutukan yang dituju khusus kepada seorang
pemimpin kerana diresapi perasaan amarah dan benci yang teramat sangat. Saya
merasakan dunia sastera tercemar
seketika
hanya kerana novel TAHI itu!!!
Hingga
kini, saya mula hilang hormat kepada mana-mana sasterawan yang bermain politik
menerusi karya-karya mereka. Pada saya, dunia seni biarlah berhemah dan boleh
menjadi jambatan yang menghubungkan pertautan hati antara masyarakat menerusi
karya, dan bukannya turut mengheret rakyat berpecah belah dengan
tulisan-tulisan yang dilakarkan.
Lakarlah
setiap bait huruf dengan rasa penuh tanggungjawab. Dengan hanya sebaris ayat,
kita mampu menggembirakan orang dan dengan sebaris ayat juga kita boleh
menyakitkan hati orang. Pilihan di tangan kita. Ilmu Allah itu luas, tidak
terbatas untuk ditimba. Dan sastera salah satu cabang yang boleh dimanfaatkan
untuk menyuntik ilmu kepada para pembaca menerusi kandungan cerita yang dilakarkan.
#
Sekadar menyelusuri makna di sebalik karya seni.
12.11.2012/8.30
malam
DP/KL.
No comments:
Post a Comment