Saya tahu hanya nabi dan rasul-rasul yang
maksum, serta kita tidak boleh mengkritik. Apabila kita mengkritik, gunakanlah
akal dan bukannya nafsu. Setiap kritikan, biarlah penuh hemah. Gunakan akal,
dan bukan nafsu.
Akal tidak akan merendahkan maruah orang hingga di bawah tapak kaki kita walaupun tak setuju atau orang itu memang terbukti jahat. Tetapi nafsu akan sentiasa mengajak kita mencemuh kejahatan orang yang kita kata dia jahat.
Akal takkan menghina sehina-hinanya seorang banduan, tetapi akan memberi peluang dia muhasabah diri melalui teguran dan nasihat. Tetapi nafsu akan mencemuh, menghinanya sehingga dia boleh kembali jadi jahat atau lebih jahat.
Pilihan di tangan masing-masing. Ilmu Allah itu luas. Akal yang tajam mampu mencari dan menyebarkannya kepada sekalian umat dalam bentuk tulisan, tetapi biarlah dengan cara penuh hikmah walaupun ada kritikan di dalamnya. Manakala nafsu boleh menjatuhkan nilai diri seseorang itu serendah-rendahnya, apabila dia merendahkan orang lain mengikut kata nafsunya. Oleh itu, hargailah akal kurniaan Allah dengan berkata sesuatu yang baik-baik sahaja. Jangan berkata ikut nafsu, dirimu menerima malu.
za_tintamaya
- Sekadar mengingati diri agar tidak bertindak tanpa akal.
12.11.2012 (10.55 malam - Isnin)
DP.KL.
No comments:
Post a Comment