Friday, 23 November 2012

Pedihnya terasa hanya dengan tujahan sebaris ayat

PEDIHNYA SEBARIS KATA

Tanpa sedar, dua tiga purnama ini....
aku seperti berada di awangan
melayang-layang dalam detikan rasa nan indah,
lunak suara memanggil-manggilku manja,
menjadikan aku terbuai asyik,
leka bermadah kata berbunga sayang
terlupa seketika pada dia di sana,
yang lama tak menjengah khabar....

Pun begitu, akal waras masih berkata tidak!!
Walaupun sesekali rasa bahagia menjelma
kerana kutahu, aku tak sepatutnya rasa begitu...
Jurang antara bumi dan langit seperti tidak kelihatan,
dek terleka membuai rasa....

Tiba-tiba, aku tengadah!!
hati ditusuk sembilu tajam
tajamnya kekata menikam sukma
membuat aku tersendu seketika,
menahan getaran sakitnya tusukan itu
menembusi hingga rongga dada
membuat aku terlayah seketika
tersandar ke dinding rasa,
membina kembali harga diri yang jatuh
terhempap di atas pundak perasaan...

Dalam membina sedikit kekuatan
sekali lagi ditujah pedihnya kekata,
sekali lagi rongga dadaku terasa sakit
pedih luka menghiris tercalar seguris rasa....
Lalu, aku bangkit berdiri
dengan teguh tekad di hati,
aku takkan muncul lagi
apatah lagi berdiri di hadapannya!!!

Maafkan aku,
jika hadirku merengek manja,
membuat kau rasa terganggu
aku terlupa seketika, tatkala bicara bernada sayang
ada jurang yang terentang di hadapan kita
nyata dan jelas,
aku tetap terkebawah...walau siapa pun antara kita!!
Dan, aku takkan mengganggumu lagi!!

Liza Isma
~Melakar kata, kala hati sedikit tercalar dek tujahan kekata~

23 November 2012/5.15pm

Temerloh.

No comments:

Post a Comment