JANGAN DIDAKI PUNCAK ITU!!
Aku mendongak
tingginya puncak...
aku merenung
rendahnya tempat berpijak...
aku memandang sekitaran
ingin mencari ruang
dan ruang itu seperti kelam dan kosong....
Aku ingin mendaki puncak itu
namun, tingginya tak terjangkau
lalu aku cuba berpaut,
pautanku terlepas di pertengahan jalan..
dan batuan pun jatuh bergelongsoran
tertimpa di atas pundakku
pedih tercalar
luka-luka pun menghuni hati
terguris rasa hampa
namun, siapa peduli??
Lalu, kuberpijak di bumi
realiti yang mendekat
kenyataan hidup memang begitu,
rendah dudukmu
menjadi mainan tingginya puncak..
Namun, perlu akur
kerana di situ tempatmu berpijak!!
Jangan mendongak ke puncak itu
kerana tiada apa di situ,
yang ada hanyalah bongkah-bongkah kerikil tajam
yang akan menimpamu jua
jika salah tempat kau berpaut
pasti tertimpa atasmu
tika mendaki puncak itu!!
Liza Isma~"mengajak diri bertafakur, merenung realiti setiap yang berlaku, ada hikmahnya yang tersembunyi..."
10 November 2012/1.30 tengah hari
DP.KL..
aku memandang sekitaran
ingin mencari ruang
dan ruang itu seperti kelam dan kosong....
Aku ingin mendaki puncak itu
namun, tingginya tak terjangkau
lalu aku cuba berpaut,
pautanku terlepas di pertengahan jalan..
dan batuan pun jatuh bergelongsoran
tertimpa di atas pundakku
pedih tercalar
luka-luka pun menghuni hati
terguris rasa hampa
namun, siapa peduli??
Lalu, kuberpijak di bumi
realiti yang mendekat
kenyataan hidup memang begitu,
kerana di situ tempatmu berpijak!!
Jangan mendongak ke puncak itu
kerana tiada apa di situ,
yang ada hanyalah bongkah-bongkah kerikil tajam
yang akan menimpamu jua
jika salah tempat kau berpaut
pasti tertimpa atasmu
tika mendaki puncak itu!!
Liza Isma~"mengajak diri bertafakur, merenung realiti setiap yang berlaku, ada hikmahnya yang tersembunyi..."
10 November 2012/1.30 tengah hari
DP.KL..
No comments:
Post a Comment