PUISIKU
ADALAH BENAR
Aku tak pandai menipu,
aku tak reti menciplak,
aku juga tak tau menyebak,
Aku tak pandai menipu,
aku tak reti menciplak,
aku juga tak tau menyebak,
menyingkap
sebahagiannya di sudut halaman,
kemudian,
melakar menjadi wadah sendiri...
kerana aku jua tak mahu nasib puisiku begitu...
Aku tak bisa menipu,
aku takkan menipu,
puisiku lahir dari kalbuku
ilhamku tak pernah bisu
jejariku menjadi saksi
tarian cinta puisiku...
Cinta puisiku,
sentiasa mekar dalam jiwaku
harum wangi mengisi hari-hariku
kerana cintaku bersemi di situ,
hatiku terpaut sayang sejak azali
puisi erat dalam pelukan hatiku
rinduku sentiasa menggamit
mendekat, kala aku kehilangan ilham...
Liza Isma~Puisiku lahir dari hati yang tulus ikhlas...
10 November 2012/8.25 malam
Desa Pandan, KL.
kerana aku jua tak mahu nasib puisiku begitu...
Aku tak bisa menipu,
aku takkan menipu,
puisiku lahir dari kalbuku
ilhamku tak pernah bisu
jejariku menjadi saksi
tarian cinta puisiku...
Cinta puisiku,
sentiasa mekar dalam jiwaku
harum wangi mengisi hari-hariku
kerana cintaku bersemi di situ,
hatiku terpaut sayang sejak azali
puisi erat dalam pelukan hatiku
rinduku sentiasa menggamit
mendekat, kala aku kehilangan ilham...
Liza Isma~Puisiku lahir dari hati yang tulus ikhlas...
10 November 2012/8.25 malam
Desa Pandan, KL.
situasi ini acap kali melanda penulis-penulis terutamanya pendatang baharu seperti saya dalam arena penulisan ini yang boleh dikatakan baru setahun jagung.Oleh itu,sajak ini amat bersangkut paut terhadap diri saya.
ReplyDelete