Mata
hati merenung jauh
sayup
saujana pandangan
meneropong
ke serata alam
menjelajah
bayangan sebuah illusi
menerobos
sebuah kehidupan
lalu
pandangan mata bertemu sebuah hakikat
di
hadapan terlihat wajah-wajah ceria
adunan
pelbagai rupa bangsa
adat
budaya mencetus beribu rentak
terlakar
dalam wadah sebuah institusi
terpupuk
hanya pada suatu zaman
laman
persekolahan menghimpunkan
pelbagai
rentak irama tari bangsa
menyatu
dalam perhimpunan nan harmoni
berpaksikan
sebuah falsafah yang mendokong teras pendidikan
merentasi
kurikulum yang sama
mendidik
jiwa menjadi insan
akhirnya,
tercipta beribu jaya mencipta tamadun bangsa
berdiri
kukuh menunjangi negara berdaulat.
Namun,
ada jurang terentang di hadapan
mampukah
membina jambatan??
Mata
hati tersentap
setelah
dewasa bersama jaya
pelbagai
kemelut rasa menular dalam diam
menyelinap
dalam akar bangsa
mencernakan
resah para pemimpin
lalu
terlahir suatu harapan
tercetus
di minda
demi
kelangsungan bangsa
menjaga
negara berdaulat
dari
ancaman tangan-tangan yang menikam belakang
maka,
lahirlah 1Malaysia
demi
sebuah perpaduan bangsa
dengan
harapan tiada lagi ungkitan akan hakikat
diam
kukuh tak tergugah
kerana
keluhuran perlembagaan tak dilangkaui
teguh
terjaga dalam naungan daulat diraja.
Mata
terus menerobos deria rasa
menggamit
satu pertanyaan
mampukah
menggapai impian tinggi melangit?
terjangkaukah mencapai awan gemawan?
Keazaman
pun dipahat
dipacak
tiang-tiang harapan
mencipta
sebuah resipi
menggaul
satu adunan dalam acuan yang sama
mampukah
dicernakan?
atau
maniskah resipi itu?
Hatipun
berkata-kata
resipi
itu hanya mampu dicerna
jika
tiada satupun bahan tertinggal
rasanya
akan manis jika madunya tak tertumpah
namun,
agak sukar mengambil madunya
tingginya
di puncak tualang
tualang
teguh berdiri di tengah belantara,
hanya
yang tangkas berjaya merebutnya
mencantas
akar-akar yang berselirat
mencari
susur alur yang berbeza
biarpun
destinasinya sama…
Memandang
sungai nan jernih
alirannya
tenang, damai suasana
sesekali
ketenangannya berkocak
apabila
ada tangan-tangan
membaling
batu sembunyi-sembunyi
melilau
mata mencari tangan-tangan itu
tak
kelihatan,
siapakah
yang sengaja mengganggu aliran nan tenang itu?
dan
tiba-tiba sahaja air di muara menjadi keruh….
Kemudian,
mata memandang
serumpun
pohon nan merimbun
tunjangnya
kuat mencengkam bumi ini
biarpun
akar berselirat
tetapi
meneguk air di sungai harapan nan sama,
lalu
subur dan mekarlah bunga bangsa
pohon
itu pastinya akan terus merimbun
kembang
kelopak bangsa harum mewangi
jika
tiada tangan-tangan yang cuba mencantasnya
mengorbankan
pohon nan subur itu
demi
pepohon baru yang belum tentu tumbuh subur seperti itu
lantas,
demi menepis cubaan mematah reranting bangsa
tunjangnya
perlu diperkukuhkan
demi
kelangsungannya menaungi bunga bangsa
demi
hidup yang utuh dan padu
dihimpunkan
segenap jiwa dalam satu wadah
wadah
bangsa 1Malaysia
agar
teguh berdiri sebagai mercu tanda
berkibar
megah di ruang angkasa
Jalur
Gemilang simbol kedaulatan Negara
lambang
sebuah negara merdeka.
Illusi
sesekali menjengah deria rasa
andainya
ada tangan-tangan yang rakus mencantas
meroboh
binaan-binaan yang telah teguh dan padu
terhasil
daripada jerih perih sebuah perjuangan,
sejarah
telah tercatit
empayar
yang teguh gagah gemilang
ranap
ditelan riwayat
lalu
generasi hari ini, mampu merintih
“Kalaulah…Empayar
Melaka masih berdiri teguh,
kitalah
bangsa yang kuat dan berdaulat dalam negara merdeka ini!”
namun,
kalau tetap akan berkalau
kerana
realiti telah tercatat dalam lipatan sejarah;
empayar
yang gah ranap sekelip mata
oleh
hanya seorang pengkhianat bangsa…
mahukah
terjadi lagi?
18
Disember, 2012/6.40 petang
No comments:
Post a Comment