Bom
bom bom bammmmmmm
dentuman
di mana-mana….
wanita,
anak kecil, ibu dan bapa tua
bertempiaran
lari di balik runtuhan kota,
darah
memercik di mana-mana,
mengalir
lesu dalam arus nan sebak
lalu
melimpah ruah ke tebing-tebing rasa
tatkala
melihat jasad-jasad terbaring kaku,
hancur
luluh tersentap rasa hiba
menyaksikan
hancur ranap sebuah negara kota!!
Para
mujahid bangkit berjuang, mengerah tenaga sedayanya
dan
kala peluru tertuju, rebahlah mereka dalam syahid
demi
membela agama dan tanah air!!
Mati
seorang mujahid, beribu lagi akan lahir sebagai pejuang
tak
pernah gentar, biarpun berjuta kali senjata dihala ke dada!!
Kata
sinis menidak hak sendiri
bagaikan
si pekak dan tuli, PBB terus senyap tak terkata!
Amerika
bergelak tawa dengan laba yang diterima
diangkat
sebagai juara kuasa dunia
yang
lemah bagaikan tertipu dengan lakonan hidup di pentas PBB,
kuasa
veto adalah pengarahnya!!
Dan
kita dengan sentakan rasa,
bagaikan
terkena kejutan halilintar
tatkala
melihat sadisnya sebuah peperangan,
dalam
negara mutlak milik sendiri
rakus
tak berperikemanusiaan,
menghunus
senjata bagaikan nyawa tiada harga!!
Semoga
bertemu lorong cahaya
yang
menyuluh jalan-jalan perdamaian,
demi
terangkat daulat sebuah negara merdeka
bebas
daripada cengkaman zionis yang kejam itu!!
Kita
iringi perjuangan mereka dengan doa nan kudus…
Semoga
Allah melimpahkan rahim-Nya buat mereka!!
Semoga
suatu saat akan tiba sebuah "merdeka" untuk mereka!!
Liza
Isma,
_Hanya
dengan garapan kata, meluahkan rasa simpati buat mereka di bumi Palestin...
13
November 2012/2.08pm_Khamis
Desa
Pandan, KL.
No comments:
Post a Comment