PERANG :
BILAKAH AKAN BERAKHIR??
(Didedikasi
untuk rakyat Palestin)
Pang pang
pang
bom bom bom
bam bam
bammmmmmm
dentuman di
mana-mana
berlingkar
di sekeliling
wanita, anak
kecil, ibu dan bapa tua
bertempiaran
lari di balik runtuhan kota,
darah
memercik di mana-mana
mengalir
lesu dan sebak,
melimpah
ruah ke tebing-tebing rasa..
tatkala
melihat mayat-mayat terbaring kaku,
atau menatap
jasad calar-balar luka merobek dada,
hancur luluh
tersentap rasa hiba
menyaksikan
hancur ranap sebuah negara kota
dek rakus si
gila Yahudi, merampas tanah bukan miliknya!!
Para mujahid
bangkit berjuang
mengerah
tenaga sedayanya
dan kala
peluru tertuju, rebahlah dalam syahid
membela
agama dan tanah air
daripada
cengkaman zionis itu
mati seorang
mujahid, beribu lagi akan lahir sebagai pejuang
tak pernah
gentar, biarpun berpuluh kali
senjata
dihala ke dada
tatkala
zionis sengaja melanggar perjanjian
menurunkan
senjata tika perdamaian dicapai
hanya
seketika!!!
Kata sinis
menidak hak sendiri
bagaikan si
pekak dan tuli
PBB terus senyap
tak terkata,
Amerika
bergelak tawa dengan laba yang diterima
diangkat
sebagai juara kuasa dunia
yang lemah
bagaikan permainan
sandiwara
lakonan hidup di pentas PBB
kuasa veto
adalah pengarahnya!!
Dan, kita
dengan sentakan rasa
bagaikan
terkena kejutan halilintar
tatkala
melihat sadisnya sebuah peperangan,
dalam negara
mutlak milik sendiri
perampok itu
bagaikan terlupa bumi siapa yang mereka pijak
yang rakus
tak berperikemanusiaan,
menghunus
senjata bagaikan nyawa tiada harga!!
Pun begitu,
diharap masih ada cahaya
bersinar di
lorong harapan
akan ada
jalan-jalan perdamaian,
demi
terangkat daulat sebuah negara merdeka
bebas
daripada cengkaman zionis,
bebas
daripada tangan-tangan kejam itu!!
Dan kita
tetap bersama-sama,
mengiringi
perjuangan mereka dengan doa nan kudus..
Semoga Allah
mendengar doa kita, melimpahkan rahim-Nya buat mereka!!
Semoga suatu
saat akan tiba sebuah "merdeka" untuk mereka!!
Ya, sebuah
negara Palestin yang merdeka dan berdaulat!
Liza Isma,
_Hanya
dengan garapan kata, meluahkan rasa simpati buat mereka di bumi Palestin...
13 November
2012/2.08pm
Khamis_DP.KL.
No comments:
Post a Comment