Tika mendaratnya
jejak langkahku di daerah ini…
Mata merenung jauh,
sayu hati memendam rasa…
Sejarah telah
tercatat begitu, jangan menoleh ke belakang…
Tapi mampukah aku?
Kala jiwa diamuk
pelbagai rasa…..
Tenggelam dalam
lautan bara,
hangatnya membakar
jiwa….
Hanyut dibawa arus
resah
Sayup di kejauhan
melihat tebing,
tapi tak terjangkau
biarpun ia hanya sejengkal cuma…
maka teronta-ronta
mindaku ingin mengubah haluan…
namun, gunung itu
terlalu tinggi untuk didaki,
kerana tangan dan
kaki terikat,
mulut
tertutup….,bicara hanya dilaungan hati….
kerana tersilap
bicara rasislah kita,
biarpun sekadar
mengingatkan hak yang termaktub….
tanah ini milik
kita…
Tercampaknya aku ke
daerah itu,
mencelikkan
ruang-ruang minda, hanyut di laut fikir….
mencerap makna di sebalik sebuah perjanjian,
penerimaan dalam
sebuah negara demi menuntut kemerdekaan…
mengkaji sebuah
sejarah yang ternoktah….
Minda pun
berkata-kata “Inikah warisan yang ditinggalkan penjajah?”
lalu hati pun
berbicara”Jerih perih pejuang bangsaku demi sebuah kemerdekaan, berbaloikah
setelah terpaksa menerima dengan air mata?...
ibarat pelari yang
tiba-tiba hanya muncul di garisan penamat….
lalu ia pun
dinobatkan sebagai pemenang,
sedangkan
jerih-perih pelari yang bermula di garis permulaan keletihan bermandi peluh dan
air mata…terpaksa akur menerimanya…
Namun ia hanya satu
sandiwara mendapat tempat di bumi bertuah ini
kerana di hati
mereka, tanah ini sekadar tempat berpijak demi kesinambungan hidup…
Di minda mereka,
tembok besar itulah warisan ibunda yang tidak boleh dilupakan….
Sungai itu kesucian
alirannya dipuja…Kerana itulah kiblatnya
tertanam kukuh
diwarisi sejak azali…”
bukannya tanah ini,
tempat lahir generasi selepas beratus tahun berlalu…
keutuhan binaan
tembok besar itu,
sekukuh itulah
warisan ibunda yang tertanam di jiwa...
dan kesucian aliran
sungai itu terus mekar mengalir di jiwa…..
lalu lahirlah klompok
yang memperjuangkan hak…
menuntut kembali
sejarah diterbalikkan…minta di hantar pulang….
kerana….di sana
tempat suci mereka…
Dan aku pernah
terlontar di daerah itu,
Dari jauh mindaku
menerobos…mencari simpulan hati…
lalu seribu makna dapatku
garap….
Di sebalik tuntutan
menjaga warisan ibunda,
di situlah
sebenarnya asuhan beribu jiwa…
Maka, lahirlah jiwa-jiwa
seperti pencipta lagu “Negaraku versi generasi baru…..”
demi diamuk rasa
tertindas dalam negara yang telah menebarkan sayap-sayap
berterbangan bebas
mengisi makna sebuah kehidupan…
dari mula mengenal
huruf hinggalah berjaya
menjadi pencipta
lagu yang tersohor seantaro dunia…
terselit sedikit
kepayahan meredah perjalanan…,
seantaro dunia
dikhabarkan cerita dongeng,
sepertimana Israel mengkhabarkan
pada dunia,
mereka bertindak
untuk mempertahankan diri daripada pengganas….
sedangkan merekalah
yang telah merampas hak itu,
dan berjaya membina
empayar di tanah orang lain…
lalu…kenikmatan yang
sama-sama dikecapi itu,
tiadakah rasa syukur
untuk diri sendiri yang bernafas di bumi bertuah ini,
jikapun tidak mahu
berterima kasih kepada negara,
penerimaan itu
memberi ruang untuk bertapak dari generasi ke generasi…
Tangan siapakah yang
menyuapkan minda di bawah bangunan ilmu,
atau gedung-gedung
perniagaan megah di tengah kota di merata ceruk bumi bertuah ini….
kereta mewah yang
menjalar di jalanan,
juga dibina hasil penerimaan
yang telah diwarisi dan dikecapi itu…
semua itu, terbina
kukuh hasil jerih-perih pejuang kemerdekaan pada masa lalu…
Berada di daerah ini,
semakin terang lagi bersuluh….
perjanjian itu tidak
terpahat kukuh di hati….
Tidak diajari generasi
selepasnya, untuk memahami makna di sebalik kontrak…
yang difahami
hanyalah kesaksamaan dalam kepelbagaian…..
lalu hadirlah
pelbagai rasa yang mencuri deria fikir….
Terdetiklah
ketidakpuasan di jiwa,
rasa tertindas dan
diabaikan….
Kenyataan terbentang
di ruang maya ini….
Dari perjanjian
itulah, lahirnya jutawan-jutawan dunia…
mengecap nikmat di
bumi merdeka dan berdaulat ini.
Yang pasti sejarah
telah terpahat kukuh di jiwa kami…
Kerana….
sebelum hak itu
dikongsi , raja telah bertitah,
“lima puluh peratus adalah hak peribumi,
rebutlah lima puluh
peratus lagi untuk dikongsi bersama”
lalu dengan hemah
bicara perkongsian itupun bermula…
kerana itulah….
Tun Razak menebarkan
DEB, demi menjaga hak itu terus diwarisi…
Amanat raja, telah
tun tunaikan….
Generasiku, pemimpin
yang ingin mengganti tampok yang ada….
Tidak inginkah
memikul amanat raja?....atau mahu menimbun berguni emas di perut sendiri,
jika bersungguh-sungguh mahu DEB dilenyapkan,
seperti Si Kitul dan Raja Mandeliar yang membuka
ruang-ruang hitam di hati
demi seuncang emas
dari Portugis;
akhirnya, lenyaplah
keagungan Kesultanan Melayu Melaka…
yang tinggal hanyalah
catatan duka sangat pedih menghiris luka berdarah tidak kelihatan…
Sedarlah wahai
bangsaku Malaysia kini;
“untuk hidup selesa dan
merdeka hari ini, telah mengalir sungai darah di setiap penjuru bumi yang
dulunya bernama Tanah Melayu….hatta di Singapura sekalipun….
pun begitu di bumi
Singapura, bangsaku tidak mewarisi hak para pejuang…
terpadam nama
Temasik, hilang jua hak pemilik asalnya….
Maka, bertebaranlah
melukut di tepi gantang mencari ruang untuk hidup,
kerana…. gantang
sudah lama hilang,
yang tertinggal
hanyalah catatan sejarah duka
mengekori minda
orang-orang yang berfikiran kritis,
Pun begitu,
peribahasa masih indah untuk ditatap,
Namun, melukut telah lama diterbangkan angin
dalam hembusan sepoi bahasanya,
dan sawah padi telah
lama kontang….
Yang kekal hanya Sabah
dan Sarawak,
mengumpul
ruang-ruang hak peribumi agar tidak tergugat,
kerana… di bumi
Semenanjung ini terlalu rakus dengan tangan-tangan kejam,
ingin menikam tuan
dari belakang,
biarpun tuannya itu
telah memberinya cukup ruang untuk bernafas…..
Ruang lingkup di
daerah itu,
telah membangkitkan
satu pentaksiran baru;
Lalu… kugarapkan
sebuah cerita sendu ini….
Memerhati rencah
kehidupan pentadbiran di daerah itu…
aku mulai diasak
kebimbangan,
hanya orang yang
pernah berada di situ yang akan mengerti,
kerana… kita boleh
memberi yang terlebih,
tetapi kita tidak
akan menerima jika terkurang di tempat orang…
angin perubahan
politik telah mengkhabarkan
bahawa cerita dari
utara itu bukanlah cerita dongeng….
Realiti menuntut bangsaku
mengotakan janji Laksamana Hang Tuah,
“ Takkan Melayu
hilang di dunia,”
Dalam kealpaan
bangsaku dijajahi minda ketaksuban
membenci pemimpin
bangsanya sendiri
kerana disogokkan
dengan agenda
kononnya kerakusan
kuasa menindas rakyat;
Hari ini….
setelah lebih lima
puluh tahun sungai darah itu kering,
wujud tangan-tangan halus
kasar
mahu mengalirkan
semula sungai darah di bumi bertuah ini
di sebalik
perjuangan reformasi yang bertunjangkan keadilan…
lalu, apakah
hasilnya jika nanti memusnahkan ruang lingkup sosial dan ekonomi Negara… Adakah
akan lahir kumpulan “ala baju merah Thailand” atau sejarah 13 Mei mahu diulang??”
ATAU adakah kita
mahu hilang nama MALAYsia
seperti hilangnya
Tanah Melayu dalam peta dunia?
Kerana….hanya
“Malay” itu sahaja bukti bumi bertuah ini asal-usul kita di sini….
tidak di bumi lain
sebelum dan selepasnya…..
Wahai, bangsaku
mengertilah!!!!
jika tidak mahu mengalirkan air mata darah sekali
lagi
jika tidak mahu
diratah ganas… seperti Narathiwat, mengemis untuk hidup,
atau sebagaimana
bumi Palestin yang belum pasti bila sungai darahnya akan kering??
Kerana Melayu telah
hilang maya di bumi Singapura sejak hari itu…..
(ilusi smasa trdampar d SJKC, kini kembali BERPIJAK nyata di
BUMI MALAYSIA...sthn d negara sndiri, tapi KIBLATnya negara org!!!!)
petikan..sbhgian puisi "Catatan Sejarah Terpalit
Luka"...
No comments:
Post a Comment