Senja ini,
aku termenung lagi
ralik tak berkelip
jauh belayar menjelajah buana
hingga tak sedar
masa kian berlalu
tapi aku masih di sini.
Ralik membelek helaian hari
leka menghitung masa
rupanya telah hampir menginjak usia
tapi aku masih di sini.
Senja ini,
aku pun tersedar
masa melangkah ke tengah
aku pun tersenyum
rupanya usia telah menginjak lagi
syukur, nyawa masih dipinjam Tuhan
tapi aku masih di sini.
Ralik aku termenung
bertanya pada diri
mengapa aku masih di sini?
Tapi tiada jawapan
soalan juga pasti bertambah
namun, aku tetap tiada jawapan
janganlah bertanya lagi
kerana aku memang tiada jawapan.
Cetusan rasa,
Liza Isma'2012
Desa Pandan, KL.
5 Julai'2012/7.40 malam
(Ilham datang secara tiba-tiba, sedang mencipta puisi-puisi, teringat pula semakin menghampiri injakan usia, lalu terilhamlah puisi ini khusus hadiah hari lahir sendiri.)
- SELAMAT HARI LAHIR LIZA!!!!
No comments:
Post a Comment