Saturday, 20 July 2013

Derhakakah Jebat, Silapkah Tuah??




Oh, Jebat!! Tragis sungguh kisahmu. Keliru jadinya.
Apakah kau bersalah menegak hak seorang sahabat?
Derhakakah Si Jebat, kala mengamuk pada seorang raja??
Wahai Jebat, jangan mengaku kalah sebelum tewas!
Biarpun teman baik sendiri menghunus keris ke dadamu.
Takkan rebah sebelum ajal. 
Berjuanglah Jebat, biarpun seorang diri.
Berjuanglah dengan semangat biarpun dikata derhaka.

Wahai Tuah, sedarlah sebelum semuanya terlambat!
Sedarlah sebelum waktu menjadi cemas dipulas,
Insaflah sebelum semua kita diperhambat.
Dinyahkan di bumi sendiri. Jika kuasa bukan lagi milik kita!
Cukuplah sekali kita terkapar mencari arah,
Melaka ranap kerana berbalah tamak kuasa,
merdeka amat sukar sekali. Bertahun baru menjadi!!
Mahukah tergadai maruah sekali lagi wahai Tuah??

Tuah dan Jebat, mengapa diulang kisah tragis?
Menghukum sesama bangsa seagama
Menjatuh kawan tidak sehaluan, mencari jalan pelbagai cara
Saat alpa tersembunyi gunting di dalam lipatan
dalam selimut bersembunyi musuh
menunggu masa kala terleka,
menikam dari belakang, mengharap jatuh sebuah maruah!!
Adakah pasti tersenyum puas, andai itu bisa terjadi??


Liza Isma-Illusi sebuah kisah sejarah.
5 Januari 2013/Sabtu

No comments:

Post a Comment